Khamis, 5 Jun 2014
Kelas Tahfiz Al-Quran Separuh Masa


Hari : Ahad – Rabu

Kelas Al-Quran Dewasa
Hari : Ahad, Isnin dan Khamis
Waktu : 2.30 pm – 4.30 pm
* Kelas pengajian dibimbing oleh guru-guru Hafiz yang berpengalaman.
Kelas Pengajian Yang Akan Di adakan di K-TAF:
Kelas Pengajian Agama Berkitab (
Terbuka )
Hari : Sabtu
Waktu : 9 am – 10 am* Kelas pengajian d
MATLAMAT PENUBUHAN
VISI
Ke arah membentuk masyarakat qurani yang wasatiyyah dan menjadikan al-Quran dan
Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.
MISI
Melahirkan para hafiz dan hafizah yang mahir dalam bidang ilmu Al-Quran dan ilmu-ilmu agama yang lain serta berkemampuan untuk memikul tanggungjawab sebagai pendakwah dan pemimpin,
OBJEKTIF
Melahirkan para hafiz yang benar-benar dapat menjaga hafalan Al-Quran dan menjadi tempat rujukan masyarakat.
Melahirkan ulamak yang soleh serta berakhlak
mulia.
Mendidik kanak-kanak memahami al-quran dan kewajipan membaca al-Quran secara tartil.
Memberi kefahaman ilmu agama kepada masyarakat berteraskan al- Quran dan
as sunnah.
Sejarah Penubuhan
Kompleks ini mula dibina pada tahun 2005 di atas tanah persendirian milik Siti Aesyah binti Hj Kechik hasil buah fikiran bersama suaminya Ustaz Mujahid (Ustaz Lah). Pada awalnya kompleks ini diberi nama Pondok Darussalam dan ia menjadi pusat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak pada waktu malam dan pengajian kitab bagi orang dewasa Kampung Lubok Jambu dan sekitarnya setiap hujung minggu. Pada hari-hari tertentu,diadakan majlis sambutan dan program seperti Maulidurrasul, ceramah ilmu, dan halaqah tafaqquh khusus bagi wanita. Aktiviti ini dijalankan oleh Ustaz Mujahid dibantu oleh anak-anak dan menantu beliau serta orang-orang kampung.
Setelah kematian beliau pada tahun 2012, aktiviti pengajian al-Quran masih diteruskan tetapi aktiviti pengajian kitab tertangguh sehinggalah sekarang. Pada 3 Januari 2014, satu perbincangan telah diadakan oleh ahli jawatankuasa kompleks bagi merancakkan kembali aktiviti di kompleks ini dengan beberapa pembaharuan bagi mengemaskini pengurusan dan sebagai penambahbaikan. Hasil perbincangan bersama, mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menggantikan nama Pondok Darussalam dengan Kompleks Tahfiz Al-Quran dan Tafaqquh Fiddin dengan singkatan kata K-TAF dan mendaftarkan kompleks ini dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Langgan:
Catatan (Atom)