Khamis, 5 Jun 2014

Sejarah Penubuhan

Kompleks ini mula dibina pada tahun 2005 di atas tanah persendirian milik Siti Aesyah binti Hj Kechik hasil buah fikiran bersama suaminya Ustaz Mujahid (Ustaz Lah). Pada awalnya kompleks ini diberi nama Pondok Darussalam dan ia menjadi pusat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak  pada waktu malam dan pengajian kitab bagi orang dewasa Kampung Lubok Jambu dan sekitarnya setiap hujung minggu. Pada hari-hari tertentu,diadakan majlis sambutan dan program seperti Maulidurrasul, ceramah ilmu, dan halaqah tafaqquh khusus bagi wanita. Aktiviti ini dijalankan oleh Ustaz Mujahid dibantu oleh anak-anak dan menantu beliau serta orang-orang kampung.

Setelah kematian beliau pada tahun 2012, aktiviti pengajian al-Quran masih diteruskan tetapi aktiviti pengajian kitab tertangguh sehinggalah sekarang.  Pada 3 Januari 2014, satu perbincangan telah diadakan oleh ahli jawatankuasa kompleks bagi merancakkan kembali aktiviti di kompleks ini dengan beberapa pembaharuan bagi mengemaskini pengurusan dan sebagai penambahbaikan. Hasil perbincangan bersama, mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menggantikan nama Pondok Darussalam dengan Kompleks Tahfiz Al-Quran dan Tafaqquh Fiddin dengan singkatan kata K-TAF dan mendaftarkan kompleks ini dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan