Selasa, 20 Ogos 2019

BEST MUKMIN CAMP 2.0


 🌿🌿🌿🌿
😄😁 Assalamualaikum...
Cuti Hari Kemerdekaan tak lama lagi. 
Isikan masa anak anda dengan aktiviti yang MENARIK dan MENYERONOKKAN tetapi penuh dengan ILMU sebagai bekal dunia dan akhirat !!!
Jika anda mencari:
👉🏻 Platform terbaik untuk mengasah bakat anak-anak anda.
👉🏻 Peluang pembinaan phsycomotor skills dan peneguhan spiritual melalui sukan sunnah berkuda 🏇 dan memanah 🏹.
👉🏻 Penghayatan hafazan, tadabbur dan tadarus al-Quran yang berterusan...📖📖📚
👉🏻Pengukuhan fardhu ain khususnya solat lima waktu.
🤗😁Jom, sertai kami
🏕 BEST MUKMIN CAMP 2.0 🏕
Tempat: Kompleks Tahfiz al-Quran dan Tafaqquh Fiddin (K-TAF).
Kg. Lubok Jambu, Mulong, Kota Bharu, Kelantan. 
Tarikh :29 ogos - 1 sept 2019
(Khamis - Ahad).
Peserta : 8 - 13 tahun
(terhad 40 orang sahaja)
Yuran : rm120 (4 hari 3 mlm)
Modul Aktiviti:
- Hafazan Surah al-Mulk
- Pengukuhan Fardhu Ain
- Quiz Bahasa Arab
- Memanah
- Berkuda
- Motivasi Keluarga Qurani
 Hubungi:
-Ustaz Jalal Mujahid 0129870744
-Ustazah Noor Fatimah 0169516386
-Puan Noorul Huda 0132501911
Atau klik link ini:
http://www.wasap.my/+60129870744/SayaNakDaftarBMC
Anjuran:
🌐Kompleks Tahfiz Al-Quran dan Tafaqquh Fiddin (K-TAF)
💟Cahaya Hati Training and Consultancy (CHTC)
🏇🏇🏇🏇🏹🏹🏹📖📖📖📖

Khamis, 5 Jun 2014

BEST MUKMIN CAMP 2014 (1-5 MEI )
















Majlis Pelancaran Kelas Tahfiz al-Quran Separuh Masa dan Ramah Mesra K-TAF Bersama Para Ibubapa.




Kelas Pengajian di K-TAF:

Kelas Tahfiz Al-Quran Separuh Masa
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ0hZlmiMHPm5WizC5wnj5eodQ5Mon3tVwX2MVmop0In-wlE7Ot0QHari : Ahad – Khamis
Waktu : 6 pm – 9.30 pm

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ5CQ7xFmvcMkspcFi45LOEznQgFv4KqyuUgk2BCK6Zv9C_9ReuKelas Pengajian Qiraati dan Al-Quran
Hari : Ahad – Rabu
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSki6KVU6avcZHfmaSrsW-HHFLqzdGRzA6bBH6p4oH3t60f2Dpa9ZLghQWaktu : 6.30 pm – 8.30 pm

Kelas Al-Quran Dewasa
Hari : Ahad, Isnin dan Khamis
Waktu : 2.30 pm – 4.30 pm

* Kelas pengajian dibimbing oleh guru-guru Hafiz yang berpengalaman.


Kelas Pengajian Yang Akan Di adakan di K-TAF:

Kelas Pengajian Agama Berkitab ( Terbuka )
Hari : Sabtu
Waktu : 9 am – 10 am

* Kelas pengajian d

LOKASI KOMPLEKS TAHFIZ AL-QURAN DAN TAFAQQUH FIDDIN (K-TAF)


MATLAMAT PENUBUHAN

VISI

Ke arah membentuk masyarakat qurani yang wasatiyyah dan  menjadikan al-Quran dan
Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.


MISI

Melahirkan para hafiz dan hafizah yang mahir dalam bidang ilmu Al-Quran dan ilmu-ilmu agama yang lain serta berkemampuan untuk memikul tanggungjawab sebagai pendakwah dan pemimpin,


OBJEKTIF

Melahirkan para hafiz yang benar-benar dapat menjaga hafalan Al-Quran dan  menjadi tempat rujukan masyarakat.

Melahirkan ulamak yang soleh serta berakhlak
mulia.

Mendidik kanak-kanak memahami  al-quran dan kewajipan membaca al-Quran secara tartil.

Memberi kefahaman ilmu agama kepada masyarakat berteraskan al- Quran dan
as sunnah.


Sejarah Penubuhan

Kompleks ini mula dibina pada tahun 2005 di atas tanah persendirian milik Siti Aesyah binti Hj Kechik hasil buah fikiran bersama suaminya Ustaz Mujahid (Ustaz Lah). Pada awalnya kompleks ini diberi nama Pondok Darussalam dan ia menjadi pusat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak  pada waktu malam dan pengajian kitab bagi orang dewasa Kampung Lubok Jambu dan sekitarnya setiap hujung minggu. Pada hari-hari tertentu,diadakan majlis sambutan dan program seperti Maulidurrasul, ceramah ilmu, dan halaqah tafaqquh khusus bagi wanita. Aktiviti ini dijalankan oleh Ustaz Mujahid dibantu oleh anak-anak dan menantu beliau serta orang-orang kampung.

Setelah kematian beliau pada tahun 2012, aktiviti pengajian al-Quran masih diteruskan tetapi aktiviti pengajian kitab tertangguh sehinggalah sekarang.  Pada 3 Januari 2014, satu perbincangan telah diadakan oleh ahli jawatankuasa kompleks bagi merancakkan kembali aktiviti di kompleks ini dengan beberapa pembaharuan bagi mengemaskini pengurusan dan sebagai penambahbaikan. Hasil perbincangan bersama, mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menggantikan nama Pondok Darussalam dengan Kompleks Tahfiz Al-Quran dan Tafaqquh Fiddin dengan singkatan kata K-TAF dan mendaftarkan kompleks ini dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).